Rizal baru selesai bermesyuarat dengan ahli lembaga pengarah berkenaan tentang kelobarasi syarikat persendirian dengan syarikat penswastaan. Sudah hampir tiga bulan dia mengurus syarikat milik bapanya, Datuk Sulaiman. Dia sudah tahu selok belok syarikat perniagaan perniagaan tersebut.
“Assalamualaikum, Encik Rizal,” Nazrul, setiausaha syarikat mengetuk pintu pejabat Rizal.
“Waalaikumusalam, Nazrul. Sila masuk,”kata Rizal dengan ringkas. Dia sedang menyusun dokumen-dokumen penting mengikut fail yang diasingkan. Perbuatannya seperti cacing kepanasan.
Nazrul menyerahkan sesuatu kepada Rizal “Saya sudah siapkan minitues of meeting pagi tadi,”
“Wow, cepatnya awak siapkan tugasan itu, terima kasih. Jangan lupa, buat salinan untuk semua staf dalam syarikat ini,” Rizal memberi arahan kepada Nazrul.
“Saya sudah sediakan salinan itu dan akan serahkan kepada semua staf. Saya minta diri dulu,” kata Nazrul. Dia melihat majikannya seperti sibuk menguruskan sesuatu. Tidak mahu menganngunya lagi.
“Sebentar, Nazrul!” kata Rizal. Dia sudah selesai menyusun fail itu lalu melihat jam tangannya.
“Ada apa-apa lagi, Encik Rizal?” tanya Nazrul.
“Awak tidak ke masjid?” tanya Rizal.
Masih awal lagi. Jam baru pukul sebelas emput puluh lima. Biasanya saya lunch dulu sebelum solat jumaat. Owh, encik Rizal kelam kabut ini khuatir tidak sempat ke masjid ke?” persoalan di minda Nazrul akhirnya terjawab.
“Owh, sempat pula awak lunch yer, tak apa, kalau begitu. Tapi, jangan bagi alasan pulak tidak sempat pergi solat jumaat nanti,” nasihat Rizal. Nazrul tergumam.
**
Matahari mengeluarkan kuasanya menerangi seluruh permukaan di muka bumi. Cahaya terik menyebabkan pekerja-pekerja di sawah padi, kebun getah berehat atau bersambung pekerjaan mereka pada hari yang berikutnya. Kampung Batu Limau sempadan kawasan Telok Datuk telah mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran melalui masjid kawasan tersebut. Penduduk di kawasan sekitarnya sudah memahami sebab pihak masjid berbuat sedemikian. Setiap hari jumaat, rakaman tilawah Al-Quran dialunkan sebelum masuknya waktu solat jumaat.
Azman sudah selesai membersihkan diri. Dengar sahaja suara alunan hamba Allah khusyuk membaca Al-Quran, hatinya menjadi sayu. Dia sedar. Sudah beberapa kali dia meninggalkan solat fardhu jumaat tanpa sebab. Apa lagi, solat fardhu lima waktu.
“Ya Allah, mampukah khudratku pergi menuju ke rumah-Mu?” hatinya berbisik lagi. Penyesalannya mampu tidak mengubah perubahan fizikalnya untuk berjalan seperti manusia normal untuk pergi ke masjid. Air matanya sekali lagi mengalir membasahi pipinya. Dia perlahan-lahan mengambil mengerakkan kedua kakinya. Dia mengambil sebuah tongkat, pemberian Azizah. Tongkat itu dahulunya dimiliki arwah Pak Hashim. Kakinya terserot. Azman cuba menahan kesakitan kakinya apabila langkah demi selangkah. Satu langkah. Dua langkah. Tiga langkah. Tangannya berpeluh. Licin memegang tongkat itu. Dia menyambung langkahnya menuju ke ruang tama. Empat langkah. Lima langkah.
“Blumm!!!” bunyi getah kain kapet berdesing. Kaki Azman tergelincir.
“Aduh, Ya Allah!!” Azman mengerang kesakitan. Dia sebenarnya belum pulih untuk berjalan sepert manusia biasa. Air mata terus berderai laju. Ujian Allah yang diberi olehnya terlalu berat untuk ditanggung. Tidak lama kemudian, azan Zohor berkumandang. Hatinya menjadi takut. Gementar. Tidak sanggup lagi untuk meninggalkan solat fardhu jumaat lagi.
**
Balqis masih menunggu ketibaan ibunya di sebuah pondok kecil bersebelahan dengan rumahnya. Ibunya, Azizah masih belum pulang dari kedai untuk membeli barangan keperluan rumah mereka. Tidak lama kemudian, dia terdengar laungan suara suaminya, Azman di dalam rumah. Hatinya rasa cemas. Lantas dia masuk ke dalam rumah.
Balqis kaget. Azman yang lengkap berbaju melayu, berkopiah putih dan memakai kain pelikat tergolek di lantai ruang tamu. Tongkat yang dipeganng oleh Azman terbaring di sebelahnya. Azman masih memegang kakinya. Azman langsung tidak tahu bahawa Balqis ada di belakangnya. Balqis sebak. Hatinya terharu. Azman yang dibencinya berubah penampilannya secara mendadak. Bahkan, dia cuba sedaya upaya untuk berjalan menuju ke masjid, rumah Allah.
“Ya Allah, hatiku berasa berdosa membiarkan dia melakukannya sendirian,” Balqis berbisik dalam hatinya. Dia berjalan menuju ke arah Azman.
“Allah tidak bersikap kejam memaksa hamba-Nya pergi beribadah. Awak boleh sahaja solat Zohor di rumah,” kata Balqis bersahaja. Dia berdiri di belakang Azman. Dia masih tidak membantu Azman berdiri semula. Egonya semakin tinggi.
“Tetapi Qis, aku telah banyak kali meninggalkan solat jumaat. Semua solat fardhu sudah dapat aku tunaikan. Cuma solat jumaat, aku belum dapat tunaikan. Aku benar-benar berdosa kepada Allah, Qis,” Air mata Azman masih tidak berhenti mengalir.
Hati Balqis terharu. Sebak. Dia dapat merasakan kejujuran suaminya, Azman benar-benar insaf dan bertaubat kepada Allah.
“Aku tahu Qis, kau tidak boleh menerima perubahan aku. Aku pernah berbohong, menabur fitnah kepada keluarga kau yang aku sudah insaf. Tetapi, kali ini Qis, tolong maafkan aku. Izinkan aku menebus kesalahan aku. Aku tahu, setiap apa yang sudah berlaku terhadap diriku ada hikmahnya. Allah telah membalas perbuatanku, Qis” Azman merintih. Air mata Balqis mengalir. Tangannya lantas memegang perutnta. Bayi yang dikandung selama tiga bulan perlukan seorang ayah. Ego Balqis terus hilang. Balqis mengambil tongkat lantas dia menyentuh tangan Azman. Azman tersedar. Matanya berair memandang wajah isterinya yang dirinduinya selama ini. Balqis membantu Azman berdiri tanpa berfikir panjang. Balqis membawa Azman ke kerusi. Balqis menuju ke gagang telefon menelefon Haikal untuk meminta pertolongan.
**
“Nak pergi masjid yang mana, erk?” bisik hati Rizal. Dia masih memandu kereta dengan berhati-hati. Datuk Sulaiman pernah memberi cadangan untuk mengambil pekerja pemadu peribadi untuknya. Tetapi, Rizal menolak. Dia lebih suka memandu kereta sendiri. Motornya yang telah lama dibaiki semula sejak kemalangan tidak sentuh langsung. Ibunya, Datin Faridah tidak mengizinkan anaknya itu, Rizal menaiki motorsikal lagi. Kejadian kemalangan yang hampir meragut nyawa anaknya masih menghantui pemikiran Datin Faridah.
Rizal berhenti di Masjid Telok Datuk, sempadan daerah Banting. Di kawasan tempat pekerjaannya, semua masijd telah dikunjungi. Tetapi entah kenapa, niatnya menuju ke daerah Banting, tempat di mana berlakunya kemalangan dahulu sehingga dia terlantar ke hospital hampir beberapa bulan yang lalu.
Sumber :tulisanku
Tidak ada komentar:
Posting Komentar